Friday, 26 April 2013

Kembali ke Laman Anwaraidc

Mulai hari ini, blog ini akan dikemaskini ke laman asal anwaraidc.com. Proses kemas kini sedang diusahakan selepas kena sekat 4 hari lalu. Terima kasih atas segala sokongan

Dr Mazlan : Saya Janji Beri Khidmat Terbaik, Harapan Baru Untuk Permatang Pauh

AIDCNews - 26/04/13 - Calon Barisan Nasional (BN), Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail berkeyakinan dengan sokongan pengundi di parlimen itu, beliau akan berusaha untuk memberi harapan baru kepada kawasan yang ditandinginya, berbanding dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

"Saya serius untuk mengalahkan dia (Anwar) dengan majoriti yang lebih besar, Insya Allah dengan sokongan pengundi, "kata Dr Mazlan.

"Adakah itu realistik ?" soal wartawan.

"Realistik. Saya sudah buat perkiraan. Saya dilahirkan di sini, Insya Allah, saya juga mahu mati di sini. Saya akan berkhidmat (sebaik mungkin) kepada rakyat. Itu janji saya. Saya akan beri harapan baru kepada Permatang Pauh, Insya Allah,"katanya.

Hassan Ali : PAS Perlu Keluar Pakatan Untuk Laksana Hudud

Saya sangat tertarik kenyataan terakhir yang dikeluarkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Dr Haron Din kelmarin. Kenyataan itu memetik beliau sebagai berkata bahawa pendirian beliau terhadap Hudud tidak pernah berubah dari dahulu sekarang dan akan datang. Beliau juga menyebutkan kemungkinan isu hudud ini menyebabkan PAS terpaksa keluar meninggalkan Pakatan Rakyat sebagai sesuatu yang tidak boleh dianggap sepi.

Zahid: 3 Pemimpin Pembangkang Jadi Dalang Isu Lahad Datu

ALOR SETAR - Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.

Syed Ali : Raih Undi Melayu, PAS Sengaja Politikkan Isu Hudud

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sengaja mempolitikkan isu pelaksanaan hukum hudud bagi meraih undi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, pada 5 Mei ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Beliau menyifatkan Presiden PAS itu telah berbohong kerana sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan walaupun pakatan pembangkang menguasai Parlimen.

"Ternyata Haji Hadi cakap tidak setupa bikin dan sengaja mempolitikkan isu hudud ketika PRU ke-13 semakin hampir," katanya.

Bila Pelakon Seks, Vivian Bersama Nurul Izzah



Mynewshub - BARU-BARU ini pasangan KO-TOR-VERSI, Alvin dan Vivian mencetuskan kegemparan apabila Vivian memuatnaik gambar seksinya sambil memegang bendera Barisan Nasional (BN).

Apalagi ketika itu bersoraklah penyokong pembangkang…dakwa mereka lihatlah betapa murahnya BN hingga pelaku adegan seks seperti Vivian pun menyatakan sokongan terbuka pada parti berkenaan.

Terbaru Vivian memuatnaik dalam FB gambar mesranya dengan Nurul Izzah, jadi sekarang bagaimana pula?

Kami biarkan gambar di atas ‘menceritakan’ segalanya…anda tafsirlah sendiri…

Hassan Ali Seru Melayu-Islam Tolak Nurul Izzah Di Lembah Pantai

AIDCNews - 26/04/13 - Pengerusi JATI, Datuk Dr Hassan Ali menyeru pengundi Melayu-Islam di Lembah  Pantai menolak Nurul Izzah Anwar sebagai ahli parlimen di kawasan itu kerana kenyataan dan sikapnya tidak menguntungkan Islam.

"Kalau kita ingat dalam lima, enam  bulan yang lalu, Nurul Izzah yang tidak punya asas agama yang kuat..tetapi sudah mengeluarkan satu fatwa dan sebahagian daripada mufti menyebutkan fatwa yang dikeluarkan itu hukumnya syirik.

Thursday, 25 April 2013

DAP Hormati Pendirian PAS Tapi Hudud Tiada Dalam Manifesto

AIDCNews - 26/04/13 - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata beliau menghormati pendirian Pas mahu melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya, namun tegasnya, hudud tiada dalam manifesto pembangkang dan tidak akan dilaksanakan.

Guan Eng dilaporkan Mstar, walaupun DAP tidak bersetuju dengan perjuangan Pas untuk mewujudkan negara Islam ini bukan bermaksud, kedua-dua parti tidak boleh bekerjasama.

Pas Tersepit Kerana Ugutan DAP

Dr Mashitah Ibrahim - Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat suka jika DAP mahu guna lambang Pas dalam pilihan raya umum kali ini. Bagaikan ‘rezeki bergolek’, katanya.

Tapi ramai ahli Pas, terutama golongan tua dan penyokong tegarnya, tidak bersetuju.

Bekas Timbalan Presiden Nasaruddin Mat Isa sangsi DAP setuju dengan dasar Pas walaupun mahu guna lambang partinya.

Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din berpendapat DAP mesti menerima dasar Pas jika guna logo bulan putih, malah Pas akan tetap melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang memerintah negara.

Singkir pemimpin Melayu-Islam Anuti Pluralisme, LGBT

Pengaruh datuk Seri Anwar Ibrahim begitu kuat dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sedangkan asas penubuhan gerakan yang bertunjangkan ilmu itu ialah mengambil sikap terbuka, sederhana dan tidak berpihak.

 Namun apabila berdepan isu Anwar, ABIM dilihat sewenang-wenangnya mengenepikan prinsip 'raison d-etre' atau asas pewujudannya, sedangkan bekas kepimpinan ABIM mempunyai latar belakang kepimpinan akademik yang baik dan berpengalaman luas dalam dakwah.

 Ikuti luahan bekas Naib Presiden ABIM yang juga Naib Presiden Persatuan peguam Muslim Malaysia, Azril Mohd Amin (foto) dengan wartawan BH, Azhar Abu Samah mengenai isu Anwar, LGBT dan pemimpin sekular liberal.

Husam Menang, Putrajaya Bakal Jadi Pusat Kebudayaan Syiah ?

AIDCNews - 26/04/13 - Semenjak Mohamad Sabu dilantik menjadi Timbalan Presiden Pas, Iran mula berminat menghampiri orang nombor 3 parti itu, Dato Husam Musa, barangkali dilihatnya sebagai pemimpin masa depan Pas di Kelantan ataupun di peringkat pusat.

 Laman rasmi husammusa.com memaparkan foto-foto kunjungan rasmi Mohammad Hossein Mousapour, Gabenor Wilayah Qom, Iran terhadap Husam, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan sekitar April tahun lepas.

Umcedel Alat Perang Saraf Anwar

AIDCNews - 25/04/13 - Bukan rahsia umum lagi bahawa Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) adalah alat perang saraf yang berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman adalah bekas Ketua Biro Tugas Khas Ketatanegaraan ABIM pada tahun 1995/97 dan dipilih sebagai Naib Presiden Antabangsa semasa Ahmad Azam Abdul Rahman menjadi Presiden ABIM.

Sekarang Dr Mohamad Redzuan adalah salah seorang Exco WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia), NGO Islam yang dipimpin oleh sahabat baik Anwar, Dato' Dr Siddiq Fadzil.

Regime Change ala Arab Spring

wee choo keong - Sila baca posting dari BarkingMagpie: “10 Questions we need to ask Cynthia about SUARAM of Scorpene allegations!.

Pada 5-11-2012 saya telah membentangkan satu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat Parlimen 18 (1) dan (2) untuk membincang kemasukan dana asing ke negara semata-mata dengan objektif “Regime Change” ala “Arab Spring”. Sayangnya hasrat murni saya tidak dapat ditunaikan di mana telah dihalang oleh Speaker Dewan dengan menolak Usul tersebut.

US seeks allied regime in Malaysia as millions funnelled to opposition

Nile Bowie - As Malaysia gears up for its most critical general election ever, a prominent opposition figure has come forward with allegations American foundations organized protest rallies and channelled funds to opposition political parties. In early May 2013, Malaysia will face its most competitive political battle since its independence in the form of an election that pits Malaysia’s ruling Barisan Nasional (BN) coalition, which has governed the country since 1957, against the opposition Pakatan Rakyat (PR) coalition that has received extensive training and backing from US government-funded foundations.

 Washington has often seen Malaysia’s leaders as stubborn, and as the unpopularity of the ruling coalition increases, organizations like the National Endowment for Democracy (NED) have significantly greased the wheels to improve the US-friendly opposition’s chances of coming to power through multi-faceted media campaigns and support for anti-government street demonstrations.

Ceramah Anwar Di Sabak Bernam Tidak Dapat Sambutan

AIDCNews - 25/04/13 - Ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Taman Air Manis, Parlimen Sabak Bernam semalam tidak dapat sambutan, lapor GAP.

Ceramah 'Sepetang Bersama Anwar Ibrahim' anjuran calon PKR Sabak Bernam, Dr Aziz Bari.

"Semalam bertempat di Padang Taman Air Manis, Sabak Bernam, Anwar Ibrahim telah hadir bagi menjayakan program yang dianjurkan oleh Dr. Aziz Basi, calon PKR Parlimen Sabak Bernam dengan program 'Sepetang Bersama Anwar Ibrahim'.

 "Ramai yang tak minat mendengar kelentongan penjual pil kuda dari permatang pauh ini...,"lapornya.

PKR Sabah Hampir Lumpuh, 4 Ketua Cabang Keluar Parti

AIDCNews - 25/04/13 - PKR Sabah hampir lumpuh, lapor thestar apabila empat Ketua Cabang mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO iaitu Ketua Cabang Sandakan, Mazhary Nasir, Saidil Simoi (Kota Belud), Irianshah Yunus (Kalabakan) dan Abdul Zainal Atin serta Timbalannya, Zainuddin Hassan (Putatan).

Mereka menyerahkan borang penyertaan kepada Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Yahya Hussin.

Mazhary yang mengetuai kumpulan itu berkata, beliau dan rakan-rakannya meninggalkan PKR kerana mereka tidak boleh membuat sebarang keputusan secara bersendirian apabila semuanya dikawal sepenuhnya oleh PKR pusat dan Anwar Ibrahim.

 “Datuk Seri Anwar bukan apa-apa selain seorang pemidato hebat yang boleh buat sesiapa sahaja percaya kepada cakap-cakapnya,” jelas beliau di Kota Kinabalu hari ini.

Sanusi : Bukan Setakat Najib, Semua PM Ditentang Anwar

AIDCNews - 25/04/13 - Tan Sri Sanusi Junid berkata bukan setakat Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, malah semua PM sebelum ini pernah ditentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Zaman Tunku Abdul Rahman dulu, dia (Anwar) dok lawan juga. Masa itu dia dok universiti, dia lawan Tunku Abdul Rahman. Tunjuk perasaan, kononnya Tunku Abdul Rahman terlalu murah hati, terlalu bertolak ansur dengan bukan Melayu.

Syed Ali : Bersara Dari Politik, Anwar Berbohong Lagi..

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengulangi cerita bohong apabila memberitahu akan bersara dari politik jika pakatan pembangkang kalah pada PRU ke-13.

 “Beliau mula ulangi skrip lama, cerita bohong sepertimana pernah dilafazkannya ketika PRU ke-12,” katanya.

 Taktik lapuk itu kata beliau, hanya untuk menagih simpati rakyat supaya memberi kemenangan kepada calon-calon pembangkang.

Menurut beliau, sebelum dan selepas PRU ke-12, Anwar bercakap perkara yang sama malah pernah mendabik dada akan menduduki Putrajaya pada 16 September.

 “Tetapi, sehingga ke hari ini tidak pernah jadi kenyataan,” ujarnya. Katanya, Anwar yang mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebagai bermimpi di siang hari.

 Justeru tegas Syed Ali, pemimpin politik yang selalu cakap bohong tidak selayaknya dipilih sebagai pemimpin.

Wednesday, 24 April 2013

Hassan Ali : DAP Konsisten Menentang Agenda PAS

Sehari dua ini timbul pula kisah kesediaan PAS memberi izin kepada DAP menggunakan lambang bulannya. Ini berikutan dengan terdapat kemungkinan bahawa Pendaftar Pertubuhan berkemungkinan tidak mengizinkan DAP menggunakan lambang roketnya akibat masalah yang dihadapi oleh parti itu di dalam pemilihan pucuk pimpinan pada 15 Disember yang lalu.

Sejak sebelum hari penamaan calon lagi DAP telah membayangkan hasrat mereka untuk menggunakan lambang PAS dan hasrat mereka itu telah disambut baik oleh pimpinan PAS. DAP pula dengan dada terbuka menerima tanda persahabatan dan kesetiakawanan PAS itu. Dari laporan yang diterima tanda persahabatan dan setiakawan itu dibuat oleh PAS dengan persyaratan bahawa DAP akan bersetuju dengan PAS untuk mendirikan Negara Islam dan melaksanakan hudud seperti yang diperjuangkan oleh Parti Islam itu.

Hassan Ali, Dr Sidek & Aidit Gempur Permatang Pauh Esok

AIDCNews - 25/04/13 - Tiga 'panglima' besar JATI akan menggempur Parlimen Permatang Pauh esok, di padang awam Taman Pauh, jam 9.00 malam.

 Mereka adalah Datuk Dr Hassan Ali, Presiden JATI, Datuk Aidit Ghazali, Timbalan Presiden JATI dan Profesor Dato Dr Sidek Baba, Naib Presiden JATI.

 Ketiga-tiga tokoh itu merupakan bekas sahabat baik Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyandang ahli Parlimen Permatang Pauh.

Anwar : Kalah PRU, Saya Bersara Politik Ke Eropah

AIDCNews - 25/04/13 - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 5 Mei ini, beliau berkemungkinan akan berundur dari politik dan  berhijrah serta bekerja di Eropah.

“Masanya untuk saya berundur jika kalah. Kerjaya saya sebelum ini mengajar (dan) saya ada ditawarkan kerja di Eropah saya juga akan pertimbangkan tawaran di Perancis,“ kata Anwar pada satu majlis di Johor Bharu semalam.

Baca selanjutnya, sila klik di sini

Pada 17 April lalu, blog MiM mendedahkan Anwar sempat melakukan penerbangan ke Paris, walaupun ketika pakatan pembangkang menghadapi krisis dalaman yang serius.

Mungkin kedatangan Anwar ke Paris yang didedahkan MiM itu ada kaitan dengan masa depan Anwar jika kalah PRU.

Nota : The Unspinners melaporkan pemilik blog MiM, Dr Novandri bersama sahabatnya Che Wan telah mengalami kemalangan pagi tadi sekitar jam 7.30 pagi di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Behran. Dipanjat doa keselamatan kepada kedua blogger tersebut.

Dr Juanda : Ubah Pemimpin Belum Tentu Hasilnya Lebih Baik

AIDCNews - 25/04/13 - Ubah pemimpin negara, belum tentu hasilnya lebih baik, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang mengambil contoh apa yang yang pernah terjadi di Mesir.

"Apa yang berlaku di negara Arab pada hari ini ? Perubahan berlaku, apakah ia membawa kebaikan yang lebih besar. Tidak. Proses itu terlalu panjang.

"Sebab itu apabila berlaku perubahan daripada zaman Jamal Abdul Nasser kepada Anwar Sadat..pada hari Jamal Abdul Nasser meninggal dunia, ramai orang seronok, sebab mereka anggap Jamal Abdul Nasser itu terlalu kejam, tetapi Syeikh Mutawalli Sya'rawi (ulama terkenal di Al Azhar) menangis..orang tanya pasal apa Pak Sheikh menangis ? Dia kata belum tentu yang gantikan Abdul Naseer itu akan lebih baik daripada apa yang telah dia (Abdul Naseer) lakukan.

"(Dan) didapati Anwar Sadat, lebih teruk daripada Abdul Naseer. Sebab itu bila kita sebut ubah..ya kita perlu berubah, tetapi pastikan perubahan itu perkara yang lebih baik," katanya.

Wajah Klon Anwar..

AIDCNews - 25/04/13 - Wajah klon Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipamerkan oleh blog GA, seorang bekas polis Thailand bernama Lt Col Jehismail Jehmong

"Bekas Polis Thailand ini bukan calang-calang orang. Pernah menjadi orang penting Thai Rak Thai Party (parti milik Thaksin) – dan menang sebagai wakil rakyat di Patani. Kuat dengan NGO Islam di Thailand. "Jehismail Jehmong inilah yang dikatakan MIRIP kepada Anwar. Walaupun badannya kelihatan jauh lebih besar daripada badan Anwar.

 "Jehismail Jehmong akan tampil dan mengakui bahawa dia adalah pelakon di dalam video sex tersebut. Aksi seks yang dikatakan Anwar itu juga adalah aksi dia dan temannya yang turut sanggup mengaku mereka merakam video tersebut untuk mengenakan Anwar, " lapor GA.

 Lapornya lagi klon wanita Chinadoll juga berbangsa Thailand, bernama Miss Ameena Chaiyakul.

 "Dikhabarkan PKR sanggup membayar JUTAAN ringgit dengan pengakuan Jehismail dan Ameena. Masalah sekarang adalah untuk mencari KLON Eskay, yang turut tampil di dalam video seks tersebut.

 "Beberapa pemimpin PKR yang telah ditunjukkan gambar Jehismail, sepakat bahawa jika dibawa masuk pun, ianya tidak akan merubah apa-apa. Tak sama dengan Pak Sheikh pun. Jauh. Buat rugi sahaja," lapornya lagi.

Ismail Mina : Pertahankan Anwar, Imej Dakwah ABIM Tercalar


AIDCNews - 25/04/13 - Ustaz Ismail Mina berkata jika ABIM berterusan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim imej ABIM sebagai badan dakwah akan tercalar kerana Ketua Umum PKR itu diselubungi pelbagai isu terutama berkaitan dengan akidah iaitu plularisme agama.

Lebih parah lagi ABIM telah meminggirkan pengasas-pengasas ABIM termasuk dirinya, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Zakaria Hashim, Datuk Kamarudin Mohd Noor dan aktivis-aktivis ABIM seperti Profesor Datuk Dr Sidek Baba, Dr Yusri Mohamad semata-mata kerana mereka tidak bersetuju dengan Anwar Ibrahim. 

Ikutilah wawancara lengkap bersama Utusan Malaysia. Sumber asal klik di sini dan di sini

UTUSAN: Sebagai orang yang terlibat bersama ABIM di peringkat awal dan akrab dengan Anwar sekian lama, apa pandangan saudara dengan sikap partisan ABIM terhadap politik Anwar Ibrahim.

ISMAIL: Saya memang salah seorang pengasas ABIM bersama kawan-kawan yang lain seperti Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Zakaria Hashim, Datuk Kamarudin Mohd Noor dan beberapa lagi. ABIM sebagai sebuah organisasi, sejak tertubuhnya lagi berpegang kepada prinsip non partisan. Tetapi, ketika Anwar menyertai UMNO dan berada dalam kerajaan, ABIM mengambil keputusan menyokong beliau.

Laman AIDC Disekat

AIDCNews - 25/04/13 - Laman AIDC (anwaraidc.com) telah disekat untuk dilayari oleh rakyat Malaysia sejak dua hari lepas dan proses membaikpulih sedang dilakukan segera.

Turut disekat adalah .umno-online.my dan papagomo.com

Sebagai gantinya, AIDC beroperasi di laman sementara, http://2aidc.blogspot.com/

Mohon maaf kepada semua pengunjung setia di atas segala kesulitan.

AIDC
10.58 pagi