Thursday, 25 April 2013

Sanusi : Bukan Setakat Najib, Semua PM Ditentang Anwar

AIDCNews - 25/04/13 - Tan Sri Sanusi Junid berkata bukan setakat Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, malah semua PM sebelum ini pernah ditentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Zaman Tunku Abdul Rahman dulu, dia (Anwar) dok lawan juga. Masa itu dia dok universiti, dia lawan Tunku Abdul Rahman. Tunjuk perasaan, kononnya Tunku Abdul Rahman terlalu murah hati, terlalu bertolak ansur dengan bukan Melayu.


"Tunku Abdul Rahman berhenti, naik Tun Razak..Tun Razak buat macam-macam untuk Melayu, dia lawan juga. (Anwar kata) Tun Razak tak betul. Mula-mula Tunku Abdul Rahman tak betul, lepas tu Tun Razak.

"Naik Tun Hussein, dia tentang juga. Berhenti Tun Hussein, naik Dr Mahathir. Dr Mahathir bawa dia ke dalam UMNO. Kalau tak pasal Dr Mahathir taubat dia boleh menang Ketua Pemuda UMNO. Kalau tidak bukan Dr Mahathir, taubat dia boleh menang Naib Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

"Kalau bukan dia Naib Presiden UMNO, dia bukan Menteri Kewangan, taubat dia boleh lawan Encik Ghafar Baba. Waktu dia jadi Menteri Kewangan, dia nak lawan Encik Ghafar Baba, ni lah (saya) salah seorang orang yang berjuang mempertahankan Encik Ghafar. Bukan kerana apa, kerana saya tak sampai hati tengok budak-budak nak perjatuh orang tua, orang yang sudah berjasa kerana orang Melayu kita ini kenalah ada budi dan bahasa.

"Oleh kerana dia jadi Menteri Kewangan, maka duit banyak. Pada waktu itu, politik wang bermaharajalela..sampai satu tempat tu, saya dengan Tun Mustapa (Sabah).. Encik Ghafar tanya kepada Tun Mustapa, berapa dia boleh dapat pencalonan (di Sabah) untuk jadi Timbalan Presiden kerana ada orang nak lawan dengan dia.

"Saya pergi dengan Tun Mustapa dan Encik Ghafar turun ke Sabah... Di bahagian yang nak mencalonkan Encik Ghafar Baba, datang Ketua Bahagian, peluk lutut Tun Mustapa (sambil berkata) 'minta maaf Tun, saya terpaksa calon orang menentang Encik Ghafar Baba.

"(Tun Mustapa tanya) Pasal apa ? (Dia jawab) Ni beg kertas, dia tunjuk ada RM500,000...Bila Dr Mahathir naikkan dia jadi Timbalan, dia buat 'perangai', dia kena berhenti.

"Naik Tun Abdullah Badawi..yang asuh dia dulu dalam kelab belia..dia lawan pula dengan Abdullah Badawi,"katanya dalam ceramah di Lembah Pantai baru-baru ini.


Sanusi berkata beliau sudah mengenali 'perangai' Anwar sejak tahun 1961, ketika beliau di tingkatan lima dan Ketua Umum PKR pula di tingkatan satu di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).


"Pada tahun itulah saya diperkenalkan dengan seorang pelajar tingkatan bawah untuk menyelamatkan beliau (Anwar) dan murid-murid yang lebih tua yang agak rakus dan kurang bermoral," katanya ketika menulis di blog sanusijunid.blogspot.com

2 comments:

  1. anwar perasan diri dia betul, sempurna dan pandai. sehingga semua orang tidak betul. orang mcm ni tidak pernah muhasabah diri sendiri, melihat kekurangan dan kejahilan diri sendiri... tu sebab jadi setan.

    ReplyDelete
  2. Terang10x munafik. Wan az tu sama sj perangainya. Allah jadikan hamba2 perpasangan. Mula saya kesian pd wan az tapi sikit2 naik menyampah meluat sbb sggh pon ai suaminya dia TIDAK BOLEH ikut segala2 apa yg d suruhi oleh suaminya. Hanya Allah sj kita turuti perintah not the husband a human who has made error after error. Nothing special about her. Ai bw keseluruhan anak2 bini tempah neraka. Skrg dah mula tak laku nak lari piee paris lak. Really we wont miss him the chaos he cause it this country. Laknatullah.

    ReplyDelete