Friday 26 April 2013

Syed Ali : Raih Undi Melayu, PAS Sengaja Politikkan Isu Hudud

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sengaja mempolitikkan isu pelaksanaan hukum hudud bagi meraih undi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, pada 5 Mei ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Beliau menyifatkan Presiden PAS itu telah berbohong kerana sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan walaupun pakatan pembangkang menguasai Parlimen.

"Ternyata Haji Hadi cakap tidak setupa bikin dan sengaja mempolitikkan isu hudud ketika PRU ke-13 semakin hampir," katanya.


Beliau mendakwa, pada setiap kali berlakunya pilihan raya, PAS akan menimbulkann semula isu pelaksanaan hukum hudud bagi meraih sokongan terutama di negeri-negeri yang majoritinya pengundi Melayu.

"Ini taktik lapuk Haji Hadi untuk memesongkan pengundi Islam, cerita hudud dibangkitkan semula walaupun mereka sedar terlalu sukar untuk dilaksanakannya," ujar beliau.

Menurut beliau, adalah tidak munasabah kepimpinan PAS termasuk Haji Hadi tidak sedar bahawa DAP menentang keras pelaksanaan hukum tersebut termasuk hasrat PAS untuk membentuk sebuah negara Islam.

"Haji Hadi cakapnya saja lebih, mana mungkin mereka berani menentang Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim (Datuk Seri), ini semua sandiwara politik PAS," tegasnya.

Malah katanya, pemimpin dan ahli PAS peringkat akar umbi juga tidak sependapat dengan Haji Hadi kerana cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan sebelum ini menemui jalan buntu.

"Pada hemat saya, Haji Hadi dan pemimpin PAS yang lain sengaja menggunakan isu hudud termasuk kafir-mengkafir untuk menunjukkan kepada umum betapa mereka adalah pejuang Islam," tambahnya.

Syed Ali berkata, sebelum PAS memutarbelitkan isu hudud, adalah lebih baik mereka memberi tumpuan kepada usaha membaiki moral dan akhlak pemimpin pembangkang terlebih dahulu.

Katanya lagi, banyak perkara yang membabitkan hukum Islam yang boleh diberikan tumpuan oleh PAS selain daripada isu hudud.

"Mengapa bercakap soal hudud, sedangkan isu seks terlarang dan liwat yang membabitkan pemimpin pembangkang tidak diberikan tumpuan seepenuhnya,? soal beliau.

Beliau menyebut contoh bagaimana isu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang dikaitkan dengan isu rakaman video seks yang tersebar luas baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, mengapa Haji Hadi tidak mengusulkan supaya Mustafa dikenakan tindakan disiplin parti atau sekurang-kurangnya digantung tugas sehingga selesai penyiasataan bersabit isu tersebut.

"Ini bermaka, hukuman hanya boleh dijatuhkan kepada mereka yang tidak sealiran dengan Presiden PAS," ujarnya.

Oleh sebab itu tegasnya, isu pelanggaran etika parti dilihat sebagai keutamaan yang harus diberikan perhatian sepertimana berlaku terhadap Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

"Nasharuddin digugurkan kesemua jawatan dalam PAS hanya disebabkan hubungan baiknya dengan Perdana Menteri, manakala Mustafa yang dikaitkan dengan video seks dipertahankan.

"Inilah hukum hudud ala PAS, mereka yang rapat dengan Presiden dan pucuk pimpinan diberikan layanan baik.

Tambah beliau lagi, Haji Hadi mempertahankan Mustafa sedanglan Lajnah Tataertib PAS mahukan penyiasatan manakala tuan empunya diri pula diam membisu, mengapa isu ini tidak ditangani supaya menjadi contoh.

Situasi ini kata Syed Ali, membuktikan pemimpin PAS termasuk Haji Hadi bersikap 'double standard' dan hanya menggunakan isu hudud untuk agenda politik mereka.

Dalam hal ini, beliau menyifatkan PAS sebagai sebuah parti yang berperanan menyesatkan pemikiran rakyat, bukannya berusaha membina kecemerlangan umat Islam.

Mengulas kenyataan Karpal Singh semalam yang tetap menentang pelaksanaan hukum hudud sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya, Syed Ali berkata ini semua cerita lama yang dihangatkan kembali menjelang PRU ke-13.

"Haji Hadi dan Karpal Singh masing-masing cuba berlakon dengan harapan mendapat perhatian dan simpati rakyat menjelang PRU ke-13," tegasnya.

Sebelum ini Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din bertegas mahu hukum hudud dilaksanakan kerana menyifatkannya sebagai asas dalam perundangan Islam.

Kenyataan Harun Din itu disokong oleh Haji Hadi sambil menegaskan parti itu tetap akan melaksanakan hudud kerana yakin Perdana Menteri pembangkang kelak seorang Islam - umnobahagiancheras

No comments:

Post a Comment