Thursday, 25 April 2013

Syed Ali : Bersara Dari Politik, Anwar Berbohong Lagi..

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengulangi cerita bohong apabila memberitahu akan bersara dari politik jika pakatan pembangkang kalah pada PRU ke-13.

 “Beliau mula ulangi skrip lama, cerita bohong sepertimana pernah dilafazkannya ketika PRU ke-12,” katanya.

 Taktik lapuk itu kata beliau, hanya untuk menagih simpati rakyat supaya memberi kemenangan kepada calon-calon pembangkang.

Menurut beliau, sebelum dan selepas PRU ke-12, Anwar bercakap perkara yang sama malah pernah mendabik dada akan menduduki Putrajaya pada 16 September.

 “Tetapi, sehingga ke hari ini tidak pernah jadi kenyataan,” ujarnya. Katanya, Anwar yang mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebagai bermimpi di siang hari.

 Justeru tegas Syed Ali, pemimpin politik yang selalu cakap bohong tidak selayaknya dipilih sebagai pemimpin.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Ketua Umum PKR itu yang berkata akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan. Di Johor Bharu semalam,

Anwar sekali lagi mengulangi bahawa beliau akan bersara dari politik sekiranya Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya umum kali ini.

Tambah bekas banduan itu yang kini berumur 65 tahun beliau juga mungkin akan menerima tawaran untuk mengajar di insititusi pengajian tinggi Eropah.

 Menurut Syed Ali lagi, Anwar tidak perlu untuk menunggu sehingga PRU ke-13 jika niatnya ikhlas untuk bersara daripada politik.

 “Sepatutnya dia sudah lama berundur kerana rakyat negara ini tidak memerlukan seorang pemimpin politik yang terpalit dengan pelbagai isu moral menjijikkan,” tegasnya.

 Katanya, seseorang yang berjiwa bersih tidak akan mengambil masa dengan pelbagai helah untuk berundur daripada sesuatu jawatan. Lagipun kata Syed Ali, lagi lama Anwar bersandiwara dalam dunia politik selagi itulah rakyat negara ini akan berpecah-belah.

 Beliau mendakwa perpecahan di kalangan rakyat negara ini berpunca daripada permainan poltik kotor Anwar.

 Jelasnya, Anwar sanggup menghalalkan cara dalam memburu impian untuk menjadi seorang Perrdana Menteri.

 “Oleh sebab, dia boleh bersekongkol dengan DAP, boleh bersetuju dengan gerakan kumpulan yang memperjuangkan budaya gay dan amalan seks songsang,” ujarnya.

 Kata beliau lagi, bertambah malang apabila Anwar yang mengaku dirinya Islam sanggup menyebelahi pihak yang mahukan kalimah ‘Allah’ diguna pakai dalam kitab Injil.

 Menurutnya, rakyat perlu menggunakan saluran PRU ke-13 ini sebagai ‘pukulan maut’ terhadap Anwar. 

Katanya, pengundi wajar berbuat demikian kerana Anwar selama ini telah merosakkan kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.

 “Inilah masa terbaik untuk menguburkan perjuangan politik beliau,” tegasnya - umnobahagiancheras


No comments:

Post a Comment