Friday, 26 April 2013

Dr Mazlan : Saya Janji Beri Khidmat Terbaik, Harapan Baru Untuk Permatang Pauh

AIDCNews - 26/04/13 - Calon Barisan Nasional (BN), Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail berkeyakinan dengan sokongan pengundi di parlimen itu, beliau akan berusaha untuk memberi harapan baru kepada kawasan yang ditandinginya, berbanding dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

"Saya serius untuk mengalahkan dia (Anwar) dengan majoriti yang lebih besar, Insya Allah dengan sokongan pengundi, "kata Dr Mazlan.

"Adakah itu realistik ?" soal wartawan.

"Realistik. Saya sudah buat perkiraan. Saya dilahirkan di sini, Insya Allah, saya juga mahu mati di sini. Saya akan berkhidmat (sebaik mungkin) kepada rakyat. Itu janji saya. Saya akan beri harapan baru kepada Permatang Pauh, Insya Allah,"katanya.


Mstar turut melaporkan kenyataan Dr Mazlan yang menyebut keghairahan Anwar mengejar cita-cita politik untuk menjadi Perdana Menteri, hingga beliau gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat apabila mengabaikan nasib dan harapan pengundi di kawasannya sejak hampir 15 tahun lalu.

"Perkara penting seorang Ahli Parlimen dan wakil rakyat ialah untuk bantu rakyat...itu adalah perkara asas sebelum bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri.

"Tapi jika pemimpin tak peduli untuk bantu rakyat, sebaliknya hanya fikir nak jadi Perdana Menteri...itu sangat salah," katanya ketika ditemui selepas bertemu penduduk di Pasar Awam Seberang Jaya, Rabu lalu.

Selain itu menurut Mazlan, Anwar juga dilihat gagal memainkan peranannya sebagai wakil rakyat Permatang Pauh apabila tidak membangkitkan isu pembangunan rakyat yang diwakilinya ketika berbahas di Parlimen.

"Kita boleh semak dalam hansard Parlimen (penyata rasmi) sejak setahun yang lalu, berapa kali Anwar sebut tentang Permatang Pauh?

"Tak ada. Ini kerana beliau tak pernah ambil kisah, beliau hanya nak jadi Perdana Menteri dan hanya bangkitkan isu-isu antarabangsa. Anwar tak penuhi tanggungjawab asas sebagai seorang wakil rakyat," katanya.

No comments:

Post a Comment