Thursday 25 April 2013

PKR Sabah Hampir Lumpuh, 4 Ketua Cabang Keluar Parti

AIDCNews - 25/04/13 - PKR Sabah hampir lumpuh, lapor thestar apabila empat Ketua Cabang mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO iaitu Ketua Cabang Sandakan, Mazhary Nasir, Saidil Simoi (Kota Belud), Irianshah Yunus (Kalabakan) dan Abdul Zainal Atin serta Timbalannya, Zainuddin Hassan (Putatan).

Mereka menyerahkan borang penyertaan kepada Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Yahya Hussin.

Mazhary yang mengetuai kumpulan itu berkata, beliau dan rakan-rakannya meninggalkan PKR kerana mereka tidak boleh membuat sebarang keputusan secara bersendirian apabila semuanya dikawal sepenuhnya oleh PKR pusat dan Anwar Ibrahim.

 “Datuk Seri Anwar bukan apa-apa selain seorang pemidato hebat yang boleh buat sesiapa sahaja percaya kepada cakap-cakapnya,” jelas beliau di Kota Kinabalu hari ini.

 Mazhary dan Saidil merupakan dua tokoh dari kumpulan 'geng 7' yang diketuai oleh bekas Pengerusi PKR Sabah, Ansari Abdullah.

Sebelum ini Ansari menuntut kepada PKR Pusat agar membenarkan sekurang-kurangnya 7 kerusi Parlimen ditandingi oleh kumpulan mereka, iaitu beliau sendiri, selaku Ketua Cabang Tuaran bertanding di Tuaran dan Anthony Mandiau, Ketua Cabang Kota Marudu bertanding di kawasan parlimen tersebut.

Lima lagi tokoh penting PKR yang dinamakan Ansari adalah Dr Chong Eng Leong (Sepangar), Mazhry Nasir (Putatan), Mursalim Tanjul (Kudat), Saidil Semoi (Kota Belud) dan Jonathan Yassin (Ranau).

Daripada 7 yang dituntut, hanya 2 tokoh yang diluluskan iaitu Jonathan di Parlimen Ranau dan Anthony Mandiau diturunkan pangkat bertanding ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek dalam Parlimen Kota Marudu.

Jonathan adalah adik ipar Ansari, ketua bahagian PKR Ranau, yang lebih dikenali sebagai tangan hitam di sebalik isu Anwar menerima gelaran kontroversi ‘Huguan Siou’.

 "Majoriti Ketua-ketua Cabang PKR Sabah terkilan dengan keputusan ini, parti gagal menunjukkan keikhlasan, gagal mempraktikkan autonominya kepada Sabah iaitu memberikan kuasa kepada cabang memilih calon sesuai.

"Semua Ketua-ketua Cabang kena menjelaskan situasi ini kepada cabang masing-masing. Saya pun kena balik Tuaran dan berjumpa cabang saya. Esok, kita akan membuat kenyataan susulan," katanya dilaporkan Utusan Malaysia.

 Dalam pada itu, tambah Ansari, penggunaan lambang PKR oleh calon Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang tidak berdaftar sebagai parti politik merupakan pengkhianatan kepada ahli PKR.

 "Sekiranya saya adalah Presiden parti, saya tidak akan membenarkannya kepada bukan ahli. Semasa saya menjadi Ketua PKR Sabah, saya minta calon Pas, Awang Leman mengisi borang PKR dahulu sebelum boleh gunakan logo parti, beliau akur.

 "Jadi, semua ini berbalik kepada prinsip, disiplin dan peraturan parti," ujarnya. Ansari turut merestui anaknya, Erveana Ansari, Ketua Angkatan Muda Keadilan Tuaran, bertanding sebagai calon Bebas menentang calon PKR, Datuk Seri Wilfred Bumburing; BN, Datuk Madius Tangau dan STAR, Samin @ Jasmin Dulin.

Di samping itu, Ansari turut membayangkan beliau kemungkinan meninggalkan PKR dan menubuhkan parti lain selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan adik Datuk Lajim Ukim bersama 250 ahli PKR mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai Barisan Nasional (BN).

Abdul Jarih Ukin, Ketua Cabang PKR Beaufort bertindak sedemikian kerana parti itu gagal mengotakan janji untuk melaksanakan autonomi kepada Sabah.

Apabila kita sudah mengambil keputusan meninggalkan perjuangan PKR dan menyertai BN, kita akan pastikan pembangkang kalah dalam pilihanraya ini, katanya.

Turut berbuat demikian Pengerusi Tetap Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Abdul Rashid Gador bersama 60 ahli parti itu.

1 comment:

  1. sokonglah BN.. tak perlu teragak2 lagi, BN telah berjanji, tunaikan dan mezahirkan segala janji.beri perluang BN menunaikan banyak janji2nya lagi.. BN harus berterusan jika mahu menunaikan lebih banyak janji2nya.......

    ReplyDelete