AIDCNews - 26/04/13 - Pengerusi JATI, Datuk Dr Hassan Ali menyeru pengundi Melayu-Islam di Lembah Pantai menolak Nurul Izzah Anwar sebagai ahli parlimen di kawasan itu kerana kenyataan dan sikapnya tidak menguntungkan Islam.
"Kalau kita ingat dalam lima, enam bulan yang lalu, Nurul Izzah yang tidak punya asas agama yang kuat..tetapi sudah mengeluarkan satu fatwa dan sebahagian daripada mufti menyebutkan fatwa yang dikeluarkan itu hukumnya syirik.
"Apa dia kata ? Bila dia diminta mengulas dalam satu majlis forum..dengan orang-orang gereja..dia mengulas ayat, 'tiada paksaan dalam agama'
"Ayat itu adalah khusus untuk bukan Islam, boleh tukar agama, boleh pilih mana-mana agama yang mereka suka...Tapi orang Islam tidak boleh tukar agama.
"Kalau orang Islam tukar agama, hukumnya murtad..murtad hukumnya bunuh,"katanya dalam satu ceramah di Lembah Pantai.
Menurutnya, pandangan Nurul Izzah hampir sama dengan pendapat ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Bayangkan kalau Anwar Ibrahim (jadi) Perdana Menteri..Nurul Izah juga menteri..lebih lagi (mereka akan lakukan).
"Habis anak-anak kita..sembahyangnya tak diterima oleh Allah..pasal..dia syirik."
Menurutnya lagi, jika Nurul Izzah gagal membawa pembangunan di Lembah Pantai, ia boleh dimaafkan, namun jika berusaha menyesatkan pemikiran Melayu-Islam, ia tidak boleh diterima langsung.
No comments:
Post a Comment